Rabu, 18 Disember 2013

Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

by  on NOVEMBER 17, 2013
Post image for Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya
Harga emas naik, saya senyum. Harga emas turun, saya senyum. Harga emas turun lebih banyak dari harga saya beli, saya senyum lagi. Antara harga naik dengan turun, saya lebih suka harga emas turun sebab peluang beli emas harga rendah. Seronoknya tengok harga emas turun sama macam seronoknya kalau harga rumah turun.
Walaupun saya senyum, saya risaukan penyimpan-penyimpan emas yang lain terutamanya mereka yang beli emas dengan saya, atau pun mereka yang dapatkan nasihat saya tentang pelaburan emas. Apalah nasib mereka. Bukan semuanya tersenyum macam saya sebab; ada yang beli emas sebab kumpul harta, ada yang nak buat koleksi, ada yang nak buat maskahwin, dan yang paling ramai sebab nak jual bila harga emas naik.

Orang Paling Risau Harga Turun

Dalam ramai-ramai tu, orang yang paling risau harga emas turun ialah siapa yang tak ada simpanan tunai. Harga emas turun boleh menganggu tidur malam sebab hanya itu jer simpanan yang dia ada. Bila nak pakai duit, terpaksa jual emas tu atau pajak di ar-rahnu.
Sebab tu saya selalu syorkan, sebelum beli emas, pastikan ada simpanan tunai at least 3 bulan pendapatan dulu. Kalau harga emas turun banyak mana sekalipun, kita tak perlu risau sebab kita bukan nak pakai pun duit yang kita laburkan tu. Kalau terdesak pun, kita dah ready duit tunai. Takde lah sampai kena jual emas kalau kereta rosak.

Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

Sebenarnya, ini antara disiplin penting sebelum melabur dalam apa-apa pelaburan sekalipun. Ramai pakar syorkan simpan sebaiknya 6 bulan pendapatan sebelum melabur, tapi untuk pembeli emas, bagi saya 3 bulan dah cukup sebab EMAS ADALAH DUIT. Bila-bila masa nak pakai duit, boleh tukar jer emas tu kepada duit samada (1) jual atau (2) pajak di ar-rahnu. Boleh dapat duit on the spot. Emas sangat ‘cair’, bukan macam hartanah atau lain-lain pelaburan yang perlukan masa untuk jual.
Jadi adakah perlu betul-betul cukup simpanan 3 bulan dulu baru beli emas?
Memang itu paling baik tapi saya tahu, bukan ramai orang yang dah ready dengan simpanan 3 bulan pendapatan. Bahkan ramai orang ada masalah lain kalau tak beli emas iaitu masalah kebocoran wang. Belum sempat cukup simpanan 3 bulan pendapatan, duit tu ‘bocor’ dibelanjakan. Tukar gajet baru, tukar langsir baru, tukar sport rim baru walaupun sport rim lama tak ada masalah langsung, tukar perabot baru dan macam-macam lagi bocor pada perkara yang bukan perlu.

Kalau Takut Kebocoran Wang

Jadi kalau anda risau masalah tu, saya syorkan beli dulu coin 1 dinar sebagai motivasi menyimpan emas dan mengumpul harta. Lepas tu baru cukupkan simpanan 3 bulan pendapatan. Biasanya orang yang mula simpan emas, dia lebih bermotivasi untuk kumpul harta. Bila dah beli emas, dia rasa nak beli lagi. Bila nak pakai duit, dia rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari duit lain untuk beli balik emas tu. Itulah tabiat biasa yang saya nampak pada penyimpan emas selama 3 tahun.
Sebab tu ada orang kata, emas adalah “magnet kekayaan”. Bukan sebab harga emas tu melambung-lambung, tapi ia membuatkan penyimpannya ‘bernafsu’ untuk kumpul lebih banyak emas. Sebab manusia memang sukakan emas!
Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
17 November 2013
13 Muharram 1435

(Kredit foto : beginnerinvest)
simpan kecemasan 3 bulansimpanan sebelum melabur


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2013/11/simpan-3-bulan-pendapatan-labur-selebihnya.html#ixzz2noTu6B00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan