Rabu, 18 Disember 2013

Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Cara Simpan Emas Dengan Selamat

by  on OCTOBER 25, 2011
Post image for Cara Simpan Emas Dengan Selamat
Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. So, menyimpan emas di Ar-Rahnu sangat merugikan kalau tak tahu manfaatkan duit pinjaman tu untuk menggandakan keuntungan.
Keduanya, simpan emas ni senang  jer, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab dia rasa nilainya tinggi. Padahal, simpan kereta, simpan handphone, simpan laptop dan barang berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Emas saiznya kecil jer. Senang disorokkan. Bagi saya, risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Cuma ‘kerisauan’ semua tu mindset kita jer. Kalau dah lama nanti, rasa selamber jer, insyaAllah… Jadi, sebagai panduan asas, ini 5 tips penting untuk pastikan emas kita disimpan dengan selamat:
Tip 1: Jangan bagi tahu sesiapa
Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,)
Untuk makluman sahabat, saya tak pernah bagi tahu pada jiran-jiran yang saya adalah dealer emas dan saya memang tak cerita pada sesiapa di kawasan kediaman kecuali sahabat rapat yang follow blog saya. Itu jer. Bukan tak nak promosi, tapi sebab faktor keselamatan. Nanti orang lain fikir rumah saya penuh emas, padahal habuk pun tak ada…
Tip 2: Simpan di rumah, syaratnya…
peti simpanan pelaburan emasSyiling 1 dinar saiznya lagi kecil dari duit 10 sen. So, nak simpan 1 dinar sebenarnya lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tak terfikir. Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu, belakang jam, bawah almari, dalam pasir akuarium, dalam pasu, dalam tanah belakang rumah dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven dah lah sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak.
Nasihat saya, kalau simpan di rumah, simpan di beberapa tempat. Contohnya, anda ada 30 keping coin 1 dinar. Mungkin boleh pecahkan kepada 3 tempat. Setiap tempat simpan 10 keping. Ini penting untuk meminimumkan kerugian kalau rumah anda kena pecah masuk. Kes ini memang benar-benar berlaku kepada seorang kawan saya dan kerugian dia dapat diminimumkan, alhamdulillah…
Dan penting juga, bagi tahu kepada pasangan anda di mana anda simpan. Takut terlupa ataupun anda ‘pergi’ dulu. Ada satu kes, isteri simpan emas bernilai RM70,000 dalam air-cond tanpa bagi tahu suaminya. Masa air-cond rosak, suaminya panggil technician dan technician tu angkut air-cond tu ke kedai dia. Dan emas tu lesap macam tu je…
Tip 3: Simpan di pejabat, tapi…
Ramai orang tak perasan, pejabat mungkin boleh jadi tempat percuma dan agak selamat untuk simpan barang berharga. Tapi ia hanya sesuai kalau pejabat yang ada;
  1. Sistem kawalan keselamatan yang ketat. Nak masuk kena register di pos kawalan, bilik pun cuma “authorised personnel” jer yang boleh masuk, ada CCTV, dan laci workstation anda pun boleh dikunci.
  2. Kawan-kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan amanah.
Cuma yang perlu ambik perhatian ialah cleaner yang keluar masuk bersihkan office. Itu jer.
peti simpan emasTip 4: Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah
Ini kosnya agak tinggi dan taklah selamat sangat especially kalau masa kita ada kat rumah. Kalau perompak masuk rumah, itulah yang pertama dia nak bukak.
Safe deposit box kat rumah ni lebih kepada simpan daripada anak-anak ataupun pembantu rumah jer. Bagi orang biasa macam saya, cara ni agak mahal dan kurang praktikal.
Tip 5: Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta
Bagi saya, simpan di Safe Deposit Box berbayar paling selamat dan paling nyenyak tidur malam. Kosnya pun murah jer. Paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecik – boleh muat emas bernilai lebih RM100,000. Saya simpan kesemua emas saya di sana.
Persoalannya, berapa banyak emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang lena, dan tak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe box jer. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind.
royal safe deposit box sunway
Tempat saya simpan emas – Royal Safe Deposit Box, Sunway.
Di Bank atau Syarikat Swasta?
Untuk orang kebanyakkan, saya syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah. Kekurangannya ialah cover insurannya cuma RM10,000 jer. Kalau nak cover lebih, kena runding dengan bank untuk naikkan cover insuran. Keduanya, waktu dia tertakluk waktu bank (pejabat) jer.
Sebagai dealer emas yang banyak urusan keluar masuk emas, saya lebih suka syarikat swasta sebab (1) cover insurannya tinggi, (2) waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00 mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Tapi ia bergantung syarikat swasta yang anda pilih. Saya sewa di Royal Safe Deposit Box, betul-betul bawah office Public Gold Sunway.
Wallahu a’lam.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html#ixzz2noS2ZGnf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan