Rabu, 18 Disember 2013

Pinjamkan Emas, Elak Kerugian Nilai

Pinjamkan Emas, Elak Kerugian Nilai

by  on DECEMBER 14, 2013
Post image for Pinjamkan Emas, Elak Kerugian Nilai
10 tahun lepas pinjamkan RM2,000, tapi hari ni dia nak bayar balik RM2,000 juga. Padahal kuasa beli RM2,000 10 tahun lepas tak sama dengan sekarang. Dulu nilainya besar, tapi sekarang nilainya kecik jer. Kalau suruh dia bayar lebih, kan jadi riba pulak. Kalau bayar sama, kita pulak yang rugi. Serba salah jadinya.
Ini konflik biasa bila nak pinjamkan duit kepada orang. Kalau mereka faham, sepatutnya mereka bayar lebih dari nilai yang kita pinjamkan dulu sebab memang itulah cara Nabi s.a.w langsaikan hutang. Bayar lebih dari apa yang kita pinjam. Tapi ramai orang tak faham pasal perkara ni. Saya pernah tulis isu ni dalam artikel “Beri Hutang, Bukan Jalan Membuat Untung” dan “Langsaikan Hutang Cara Nabi“.

Rugi Pinjamkan Duit Kertas

Bila saya tanya Ustaz Dr. Zaharudin Muhammad, katanya bagi pinjam dalam Islam konsepnya ialah ta’aawun, iaitu tolong menolong. Bila nak tolong, niat kita adalah solid untuk memberi. Tak ada apa-apa pulangan melainkan mengharapkan pulangan dari Allah. Saya terima pendapat alim ulama dalam bab tolong menolong, tapi saya masih terfikir macam tak adil sebab si peminjam ‘untung’, sedangkan si pemberi pinjam terpaksa rugi disebabkan kuasa beli duit kertas yang confirm susut dari tahun ke tahun di makan inflasi.
Bila saya faham tentang emas, saya terfikir balik, mungkin salah satu sebab tak perlu bayar lebih dari nilai yang dipinjamkan sebab zaman Nabi s.a.w, duit mereka adalah emas dan perak (serta barang komoditi seperti gandum, barli, kurma dan garam). Emas sifatnya mengekalkan kuasa beli zaman berzaman. Ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.
Kalau zaman Nabi s.a.w, 1 dinar emas boleh beli seekor kambing, sekarang pun masih boleh beli seekor kambing juga! Nah, 1400 tahun lamanya, emas mengekalkan kuasa belinya. Mungkin itulah sebabnya si pemberi pinjam tak akan rugi. Ia bukan macam duit kertas yang kita guna. Tahun 80-an dulu 10 sen boleh beli 3 biji gula-gula, tapi sekarang 20 sen baru dapat 3 biji gula-gula. Duit kertas susut 50% hanya dalam tempoh 20 tahun! Itu baru 20 tahun. Agak-agaknya apa akan jadi kalau lepas 100 tahun?!
kambing-1-dinarZaman Nabi s.a.w, 1 dinar boleh beli seekor kambing. Selepas 1,400 tahun, 1 dinar (harga semasa sekitar RM600) masih boleh beli 1 ekor kambing. Jadi, bukan harga emas yang naik, tapi nilai duit kertas yang susut.

Emas Kekal Kuasa Belinya

Maka logiklah, kalau kita pinjamkan 1 dinar, orang tu bayar balik pun 1 dinar. Walaupun lepas 30 tahun baru dia bayar, kuasa beli 1 dinar dulu sama dengan sekarang. Kuasa belinya kekal. Jadi, tak perlulah bayar lebih sebab kita (pemberi pinjam) tak rugi apa-apa pun. Tapi berbeza dengan duit kertas. Si pemberi pinjam pastinya rugi sebab nilainya susut dimakan inflasi dari tahun ke tahun.
Jadi saya fikir, kalau nak pinjamkan duit, jangan bagi duit, tapi pinjamkan emas. Katakanlah dia perlukan duit dalam RM2,000, maka pinjamkan 5 dinar. Terpulanglah samada dia nak jual dinar tu ataupun nak pajak di ar-rahnu. Tapi yang penting, dia mesti pulangkan balik 5 dinar emas. Walaupun lepas 10 tahun baru dia bayar, kita tak rugi apa-apa pun sebab dia akan pulangkan balik emas yang beratnya sama, dan ketulenan pun sama. Dia untung sebab dapat meminjam, kita tak rugi sebab nilainya tak susut.
MasyaAllah, itulah antara kuasa sebenar emas.
Wallahu a’lam.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2013/12/pinjamkan-emas-elak-kerugian-nilai.html#ixzz2noSgyjre

Tiada ulasan:

Catat Ulasan