Rabu, 18 Disember 2013

Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?

Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?

by  on AUGUST 15, 2011
Post image for Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?
“Saya tak dapat cari sumber lain! Tolonglah saya En. Zul. Saya amat terdesak nak bayar macam-macam. Mohon ada perikemanusiaan. Saya kalau boleh nak elak pinjam along! Tolonglah!”
Kaya atau miskin, mana silapnya? Kami dah ber-anak 5, isteri ‘tak kerja’, tapi kami selalu ditagih bantuan kewangan, dah lebih 3 tahun. Terdesak duit, pinjam duit kami. Terdesak lagi, pinjam duit kami lagi. Buka kedai, berniaga, tersepit lagi sampai nak makan pun susah, cari kami lagi.
Awal tahun hari tu, mereka suami isteri beriya-iya nak tukar kereta baru. Kereta Perodua Rusa tu tak ‘class’ katanya, nak tukar pakai Azla pulak. Nak tolak Perodua Rusa pada kami atas alasan kami anak ramai dan nak minta jasa baik saya buat loan beli kereta Alza baru atas nama saya sebab mereka suami isteri dah tak layak buat loan! Uh, saya tolak, sebab kami bukan terlalu terdesak untuk pakai kereta besar lagi. Kira-kira yang saya buat, memang rugi tukar kereta baru. Tunggu nanti hasil bisnes kami cukup selesa untuk beli kereta baru tanpa hutang, baru nak beli, insyaAllah.

Kaya Adalah Pilihan, Bukan Nasib

Dulu, nak buat loan mintak saya bagi testimoni dan jadi penjamin. Uh, tak berani… saya dah rimas 8 tahun jadi penjamin. 3 bulan sekali datang reminder daripada bank. Cukup tak selesa.
Hari ni nak pinjam lagi duit dengan kami RM2,000!
Uh, jiwa saya agak konflik sebab kami tengok mereka sekeluarga selalu makan besar di restoren paling best di tempat kami. Tapi kami cuma masak di rumah, dan sesekali beli di luar. Makan di restoren jarang-jarang sekali, itu pun kalau nak celebrate special day. Bukan sebab rimas dengan anak-anak yang tak duduk diam, tapi bagi kami ia membazir… Bila membazir, maksudnya, ada hak orang lain yang terabai kata Ustaz Faisal. Hak kebajikan ibubapa, kebajikan fakir miskin, dan kebajikan kelancaran dakwah dan perjuangan. Bila ada hak yang terabai, tunggulah balasan dari Tuhan…

Jangan Hidup Ikut Kemampuan

Hati kami suami isteri lagi konflik bila teringatkan dia nak tukar kereta baru sedangkan hutang sedia ada dah penuh keliling pinggang! Hari ni, saya mohon maaf, saya cuma boleh sedekahkan dengan nilai yang tak seberapa jer. Terimalah sedekah dari orang lebih ’miskin’ ni. Belajarlah pula dari kesilapan sendiri dalam mengurus duit…
Terus-terang saya kongsikan, ramai yang kesempitan duit bukan sebab tak ada duit. Tapi lemah mengurus duit keluar (perbelanjaan), apatah lagi mengurus duit masuk (pendapatan). Kalau sekali makan tengahari habis RM7 seorang tu tak rasa mahal, kalian sebenarnya kaya!
Saya sekali makan habis RM5 tu pun dah terasa mewah. Nak makan, teringat anak isteri makan apa. Purata kos makan tengahari saya cuma sekitar RM3.50 – RM5.00 jer. Makan sepinggan nasi, sejenis lauk, sayur atau ulam sikit, dan air kosong. Itu jer. Tak berani ambik 2, 3 jenis lauk. Tak berani nak order milo ais, teh ais, holick ais, apatah lagi fresh orange! Kalau saya order air pun, biasanya sebab nak entertain kawan-kawan jer. Ataupun untuk minum-minum sambil berbincang hal yang penting-penting jer.

Hiduplah Di Bawah Kemampuan

Kami sekeluarga hidup sederhana jer. Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Orang pakai handphone mahal, kami pakai handphone murah jer. Paling mahal handhpone yang pernah kami beli ialah RM400. Orang lain pasang Astro, rumah kami tak pernah masuk Astro. Orang lain tukar kereta baru, kami masih pakai kereta ‘antik’ yang dah berumur 17 tahun! Orang makan di restoran yang best-best, tapi kami makan di rumah jer. Orang lain melancong sana sini, kami melencong balik kampung jer. Orang lain campak duit di gelanggang fustal, bowling, fitness centre, kami cuma jogging pusing Damansara Damai dan taman-taman rekreasi percuma jer. Anak orang lain tak pernah sentuh baju 2nd hand, tapi kami dapatkan juga baju anak-anak sedara yang dah tak nak pakai untuk anak-anak kami!
Dan banyak lagi lifestyle kami yang saya tak pernah kongsikan. Mungkin juga disebabkan lifestyle begini, kami tak ada apa-apa hutang walaupun satu sen, dan ada simpanan yang cukup untuk melayakkan kami ke dalam kategori “kewangan selamat!”, bukan kaya…
Ada juga yang fikir kami ni kaya raya. Padahal kami biasa jer. Lagi rendah income dari kebanyakan Executive di KL ni. Saya cuma seorang Executive cabuk jer. Anda pun boleh bajet berepa income saya. Isteri pulak tak kerja. Anak kecil ada 5 orang. Dua orang dah masuk sekolah. Berapa sangat kekayaan kami kalau dibandingkan Executive lain yang suami isteri berkerja. Cuma kami masih boleh hidup selesa sebab ukur baju badan sendiri. Hidup dengan apa yang kami ada jer. Yang penting, tak ada hutang, dan ada cukup simpanan.

Ke Mana Income Bisnes Kami?

Mungkin ada orang fikir, “income bisnes dia dah masyyyuuuk… Patut la dia senang walaupun isteri tak bekerja”. Hah hah… Income bisnes alhamdulillah… Tapi untuk makluman sahabat, cuma 10% jer income bisnes yang kami ambik. Selebihnya kami laburkan balik ke dalam bisnes. Hasil yang kami dapat, kami tambahkan modal pusingan, dan laburkan balik untuk kembangkan lagi bisnes kami. Dengan duit bisnes lah kami pergi seminar, workshop, beli buku, beli ebook, beli CD dan macam-macam lagi tools untuk bisnes. Sampaikan isteri saya jeles, “bila nak rasa duit bisnes ni bang?”…. InsyaAllah, suatu masa nanti, kami akan rasanya juga, insyaAllah.
Ramai orang tak boleh pergi jauh dalam bisnes sebab bila dapat hasil jer, dia beli itu, beli ini. Bila tak nampak hasil, dia akan rasa down. So, untuk bisnes bertahan lama, simpanlah hasil bisnes secara berdisiplin. InsyaAllah, kita akan bertahan lama bila nampak hasil kita selama ni.

Kita Susah Atau Buat Susah?

master arsyadMaster Arsyad cacat anggota, tapi sempurna jiwa.
Oh, ada satu lagi cerita. Hari tu, saya rasa agak sedih tengok orang yang ayah dia tengah sakit di hospital sampai terpaksa kutip sumbangan daripada kawan-kawan untuk tampung kos perubatan, tapi anaknya releks jer tukar casing handphone RM80! Murah jer katanya…. Aduh… Sakit hati saya. Casingnya saja dah nak dekat harga sebiji handphone isteri saya! Bayangkan berapa harga handphonenya. Padahal, dia kerja clerk jer…
Hm… kaya atau sempit kebanyakkannya bukannya sebab nasib. Tapi sebab PILIHAN. Kalau kita benar-benar nak keluar dari kesempitan, insyaAllah, Tuhan akan lorongkan jalannya. Yang penting, jadikan setiap kesilapan sebagai pelajaran-pelajaran baru dalam hidup. Jangan ulang lagi yang silap tu sebab Nabi cakap, orang mukmin tak akan jatuh ke lubang yang sama. Kalau jatuh ke lubang sama juga, takut-takut kita tak cukup mukmin!
Last sekali, saya tengok kawan saya Master Arsyad yang cacat separuh anggota, hidup atas kerusi roda sepanjang masa, tapi masih boleh hidup gembira dan ceria. Siap boleh buat bisnes online yang jauh lebih maju dari saya! Kalau Master Arsyad boleh, inikan pula kita yang tulang 4 keratnya sempurna belaka!
Wallahu a’lam.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/kaya-atau-sempit-di-mana-silapnya.html#ixzz2noVMZXm7

Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!

Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!

by  on APRIL 7, 2008
Post image for Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!
Assalamualaikum w.b.t. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan, sekiranya ada kebaikan, moga boleh diambil pengajaran oleh semua sahabat.
Alhamdulillah, tengahari tadi saya dah buat full-settlement pinjaman PTPTN isteri saya di pejabat PTPTN, di belakang bangunan pejabat saya. Hutang asal berjumlah RM10,000, apabila tambah interest, semuanya RM11,110.10. Maksudnya, mulai hari ni kami berdua bebas daripada segala hutang piutang.
Azam Kami 3 Tahun Lalu
Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan azam kami sejak 3 tahun lalu iaitu ingin BEBAS daripada segala hutang piutang. Kami mahu hidup tanpa hutang. Kami ingin memecahkan pemikiran lapuk kami bahawa “hidup mesti berhutang, baru boleh senang”.
Kami tak kaya, pendapatan pun agak kecil bagi kehidupan di bandar metropolitan seperti KL ni. Masih di bawah taraf kemiskinan sebab saya seorang jer yang bekerja. Isteri tak dapat bekerja untuk bagi keutamaan kepada anak-anak yang masih kecil. Tetapi syukur pada Tuhan, Dia memberikan kecukupan kepada kami. Sebagaimana doa yang kami minta dalam bacaan ma’thurat di waktu pagi. Biarlah tak hidup bermewah-mewah, asalkan hidup bahagia bersama keluarga tercinta.
“Doa Spiritual” disertakan “Doa Praktikal”
doa spiritualKami meminta melalui doa spiritual supaya Tuhan keluarkan kami daripada kesempitan dan belengu hutang. Kami buktikan kepada Tuhan bahawa kami benar-benar nak “doa” itu dimakbulkan melalui “doa praktikal” iaitu USAHA secara lahiriah.
Nak bebas dari hutang. Ya, memang mudah menyebutnya. Tetapi bagi kami ia satu MUJAHADAH. Mujahadah mentarbiyyah diri, mengekang nafsu berbelanja, menanam rasa cukup dengan apa yang ada. Tidak terkejar-kejar pada “gaya”, “standard” dan “trend” masa kini. Belajar kenalpasti yang mana KEPERLUAN, yang mana KEMAHUAN. Mengurus KEUTAMAAN dalam perbelanjaan. Sentiasa merasa tak cukup dengan ilmu kewangan yang ada.
Sentiasa berusaha menyemai sikap dan DISIPLIN diri. Sentiasa MUHASABAH tentang tabiat berbelanja sehari-hari. Yang mana tersilap, kami jadikan pengajaran buat diri.
Ia Persoalan “Sikap” dan “Tabiat”
Mengurus kewangan keluarga bukan sekadar persoalan duit keluar dan duit masuk. Yang paling penting ialah memperbetulkan SIKAP dan TABIAT tentang kewangan. Sebab memang terbukti, ramai orang bertungkus lumus cari duit pagi petang siang malam. Memperluaskan “pintu masuk” (pendapatan) tapi terlupa untuk mengurus “pintu keluar” (perbelanjaan). Akhirnya, kaya tidak, senang pun tidak. Pendapatan bertambah, kerak hutang pun turut sama bertambah.
Rupa-rupanya ilmu “kekayaan” adalah satu bidang lain yang kita kena belajar dengan ahlinya. Macam mana terer pun kita dalam ilmu perakaunan dan kewangan, belum tentu kita berjaya urus kewangan diri. Ia harus dipelajari. Harus “berguru” dengan mereka yang telah terbukti.
Semangat Baru Dalam Mencari Kekayaan
burung bebas sangkarHari ini adalah hari baru bagi kami. Hari yang memberi semangat baru dalam mencari kekayaan milik Tuhan. Kekayaan akan tetap kami cari tetapi kekayaan yang direzekikan Tuhan haruslah kami ‘kembalikan’ kepada Tuhan. Barulah dapat bahagia yang kami impikan, kerana itulah aturan Tuhan untuk setiap insan. Ke mana sahaja wang dibelanjakan, mesti ada kena mengena dengan Tuhan.
Kita DATANG dari Tuhan. Akhirnya tetap KEMBALI kembali kepada Tuhan. Jadi, TUJUAN kita mestilah Tuhan. Seluruh hidup kita mestilah bermatlamatkan Tuhan. Barulah akan dapat apa yang kita semua impikan.
Kekayaan adalah keperluan. Tuhan itu tujuan. Walau apa pun kita buat tujuannya mesti bermatlamatkan Tuhan. Janganlah digantikan “tempat Tuhan” dengan “selain Tuhan”. Kekayaan itu barang milik Tuhan. Alangkah zalimnya kita terhadap diri sendiri kalau jadikan “barang milik Tuhan” sebagai Tuhan. Menjadikan ia sebagai matlamat dan tujuan. Itulah hidup hanya untuk cari makan. Tak ubah seperti haiwan ciptaan Tuhan.
Apabila “Tujuan” Selain Tuhan
Bila kekayaan jadi “tujuan”, maka rosaklah hidup manusia. Hilanglah bahagia yang dicita. Manusia akan hilang punca, sentiasa teraba-raba mencari kebahagiaan yang tidak kunjung tiba. Pendapatannya banyak tetapi tak pernah merasa cukup. Semakin diteguk semakin haus. Hartanya banyak tetapi jiwanya resah gelisah, hidup serba tak kena.
Harta yang telah dimiliki tak pernah membawa bahagia. Apa taknya, dah ada BMW 3 Series, dia nakkan 5 series. Dah dapat 5 series, dia nakkan pula 7 series. Walaupun apa yang dimilikinya dah cukup hebat, tetapi sentiasa tak bahagia dengan apa yang dah ada. Begitulah anologinya untuk panduan kita.
bmw 3 series 5 series
Buktinya, lihatlah orang disekeliling kita. Pendapatannya besar tetapi tak pernah merasa cukup. Kereta lebih besar daripada kita. Handphonenya lebih canggih daripada kita. Pakaiannya lebih berjenama daripada kita tapi Hutang Mudaratnya mencecah 5 dan 6 angka. Kad kredit itulah satu-satunya “reserve” yang dia ada. Apabila diminta zakat dan infaq, “wah… dia sangat berkira”. Ish… boleh pula dia hidup macam tu.
Azam Hidup Tanpa Hutang
Mulai hari ni, kami berazam tak nak buat hutang lagi (tanpa KEPERLUAN yang mendesak). “Mendesak” sehingga kami tak boleh hidup tanpa membuat hutang. “Ya Allah, perkenankanlah niat suci kami in wahai Tuhan pemilik segala kekayan. Supaya lebih mudah kami mengisi hidup ini dengan berbakti. Berbakti kepada-Mu, berbakti kepada makhlukMu”.
bebas hutang akhirnya
Itulah sedikit luahan rasa. Bukan nak berbangga, tetapi nak berkongsi rasa sesama kita. Sebagai DORONGAN supaya semua berjaya belaka. Sebab kami dulu tak ada yang sudi berkongsi begini. Betapa peritnya belajar dari kesilapan sendiri. Teraba-raba mencari panduan sendiri. “Kesilapan”, itulah guru yang paling zalim. Ia zalim tetapi ia memberi 1001 pengajaran yang mahal harganya kepada sesiapa yang sanggup belajar daripadanya.
Walau apa pun, kami masih jahil dalam bab kewangan peribadi. Banyak lagi yang harus dipelajari. Banyak lagi TABIAT dan SIKAP yang harus disemai dan dikukuhkan setiap hari. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya dalam mencari dan mengurus kekayaan milik Tuhan.
Wallahu a’lam. Wassalamu a’laikum.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2008/04/seronoknya-hidup-tanpa-hutang.html#ixzz2noVAxvFI

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

by  on AUGUST 22, 2011
Post image for 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!
Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Urus Kewangan

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lebih Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz2noUyxhg4

Pinjamkan Emas, Elak Kerugian Nilai

Pinjamkan Emas, Elak Kerugian Nilai

by  on DECEMBER 14, 2013
Post image for Pinjamkan Emas, Elak Kerugian Nilai
10 tahun lepas pinjamkan RM2,000, tapi hari ni dia nak bayar balik RM2,000 juga. Padahal kuasa beli RM2,000 10 tahun lepas tak sama dengan sekarang. Dulu nilainya besar, tapi sekarang nilainya kecik jer. Kalau suruh dia bayar lebih, kan jadi riba pulak. Kalau bayar sama, kita pulak yang rugi. Serba salah jadinya.
Ini konflik biasa bila nak pinjamkan duit kepada orang. Kalau mereka faham, sepatutnya mereka bayar lebih dari nilai yang kita pinjamkan dulu sebab memang itulah cara Nabi s.a.w langsaikan hutang. Bayar lebih dari apa yang kita pinjam. Tapi ramai orang tak faham pasal perkara ni. Saya pernah tulis isu ni dalam artikel “Beri Hutang, Bukan Jalan Membuat Untung” dan “Langsaikan Hutang Cara Nabi“.

Rugi Pinjamkan Duit Kertas

Bila saya tanya Ustaz Dr. Zaharudin Muhammad, katanya bagi pinjam dalam Islam konsepnya ialah ta’aawun, iaitu tolong menolong. Bila nak tolong, niat kita adalah solid untuk memberi. Tak ada apa-apa pulangan melainkan mengharapkan pulangan dari Allah. Saya terima pendapat alim ulama dalam bab tolong menolong, tapi saya masih terfikir macam tak adil sebab si peminjam ‘untung’, sedangkan si pemberi pinjam terpaksa rugi disebabkan kuasa beli duit kertas yang confirm susut dari tahun ke tahun di makan inflasi.
Bila saya faham tentang emas, saya terfikir balik, mungkin salah satu sebab tak perlu bayar lebih dari nilai yang dipinjamkan sebab zaman Nabi s.a.w, duit mereka adalah emas dan perak (serta barang komoditi seperti gandum, barli, kurma dan garam). Emas sifatnya mengekalkan kuasa beli zaman berzaman. Ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.
Kalau zaman Nabi s.a.w, 1 dinar emas boleh beli seekor kambing, sekarang pun masih boleh beli seekor kambing juga! Nah, 1400 tahun lamanya, emas mengekalkan kuasa belinya. Mungkin itulah sebabnya si pemberi pinjam tak akan rugi. Ia bukan macam duit kertas yang kita guna. Tahun 80-an dulu 10 sen boleh beli 3 biji gula-gula, tapi sekarang 20 sen baru dapat 3 biji gula-gula. Duit kertas susut 50% hanya dalam tempoh 20 tahun! Itu baru 20 tahun. Agak-agaknya apa akan jadi kalau lepas 100 tahun?!
kambing-1-dinarZaman Nabi s.a.w, 1 dinar boleh beli seekor kambing. Selepas 1,400 tahun, 1 dinar (harga semasa sekitar RM600) masih boleh beli 1 ekor kambing. Jadi, bukan harga emas yang naik, tapi nilai duit kertas yang susut.

Emas Kekal Kuasa Belinya

Maka logiklah, kalau kita pinjamkan 1 dinar, orang tu bayar balik pun 1 dinar. Walaupun lepas 30 tahun baru dia bayar, kuasa beli 1 dinar dulu sama dengan sekarang. Kuasa belinya kekal. Jadi, tak perlulah bayar lebih sebab kita (pemberi pinjam) tak rugi apa-apa pun. Tapi berbeza dengan duit kertas. Si pemberi pinjam pastinya rugi sebab nilainya susut dimakan inflasi dari tahun ke tahun.
Jadi saya fikir, kalau nak pinjamkan duit, jangan bagi duit, tapi pinjamkan emas. Katakanlah dia perlukan duit dalam RM2,000, maka pinjamkan 5 dinar. Terpulanglah samada dia nak jual dinar tu ataupun nak pajak di ar-rahnu. Tapi yang penting, dia mesti pulangkan balik 5 dinar emas. Walaupun lepas 10 tahun baru dia bayar, kita tak rugi apa-apa pun sebab dia akan pulangkan balik emas yang beratnya sama, dan ketulenan pun sama. Dia untung sebab dapat meminjam, kita tak rugi sebab nilainya tak susut.
MasyaAllah, itulah antara kuasa sebenar emas.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2013/12/pinjamkan-emas-elak-kerugian-nilai.html#ixzz2noUaOhzG

Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan

Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan

by  on JUNE 20, 2011
Post image for Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan
Tadi saya terbaca Majalah Niaga Edisi 17. Tertarik dengan temuramah bersama Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah), Jutawan Senyap. Beliau menyentuh tentang simpanan. Mana-mana jutawan, semuanya bercakap tentang menyimpan dan disiplin dalam menyimpan duit. Azizi Ali, Irfan Khairi, Chef Li, semuanya menekankan tentang simpanan. Kekayaan bukan berapa banyak duit yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita simpan.
Kata Chef Li, “Sekiranya anda mempunyai RM1 juta, tetapi jumlah hutang pun bernilai RM1 juta, anda bukan digelar jutawan, tetapi kosongwan. Sekiranya anda mempunyai harta, tetapi tiada duit, anda digelar hartawan. Sekiranya anda tidak mempunyai harta, dan juga wang, itu dipanggil ketidaktahuan. Ertinya, ukuran jutawan dikira dengan jumlah wang yang anda simpan”.
Di bawah ni saya senaraikan intipati temubual bersama Chef Li tentang simpanan:
  • Untuk jadi jutawan dalam masa 5 tahun, kita kena menyimpan RM500 sehari, atau RM30,000 sebulan! Huh, mampu ker kalau sekadar makan gaji?
  • Orang paling banyak dan kerap menyimpan adalah orang berniaga! Tak kira mereka berniaga apa. Walaupun mereka nampak lekeh, bisnes mereka nampak 3rd class,  tapi tahap kewangan sebenar mereka adalah 1st class! Simpanan mereka kebanyakkannya ratusan ribu ringgit. Simpanan dan perniagaan sangat berkait rapat. Itulah pemerhatian beliau sepanjang jadi pegawai bank.
  • Kaum yang paling banyak menyimpan ialah (1) Cina, (2) India, (3) Pendatang – Indonesia, Bangladesh, Kemboja, (4) Melayu! Kenapa kaum lain lebih banyak menyimpan? Sebab kaum mereka lebih ramai berniaga.
  • Orang berniaga berpeluang menyimpan setiap hari, tapi orang makan gaji cuma sebulan sekali. Itulah sebabnya orang berniaga lebih kaya dari makan gaji. [Statistik menunjukkan 74% jutawan lahir dari kalangan orang berniaga]
  • Simpanan paling penting ialah simpanan untuk dilupakan (forgotten saving). Kalau sentiasa ingat-ingat dengan simpanan yang ada, ia tak akan menjadi. Banyak benda nanti yang terkait bila kita ingat dengan simpanan e.g. nak beli itu dan ini, nak masuk skim sana sini dsb.
Sahabat-sahabat yang berminat untuk dapatkan wawancara bersama Chef Li, boleh download Majalah Niaga Edisi 17. Klik untuk download.
Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/06/orang-berniaga-paling-banyak-menyimpan.html#ixzz2noUHWGcq

Kaya Tak Berduit

Kaya Tak Berduit

by  on MAY 4, 2008
Post image for Kaya Tak Berduit
Beli TV mahal, tapi nak hidup bulan-bulan pun tak cukup. Pakai kereta besar, tapi hidup rasa sempit. Itulah realiti sebenar beberapa orang kawan rapat saya. Saya rasa masalah ni bukan kes terpencil, tapi ramai orang kat luar sana tu pun ada masalah  yang sama. Iaitu golongan yang boleh saya kelaskan sebagai “Kaya Tak Berduit”. Nampak bergaya, tapi poket ‘kosong’. Gaya dan cara dia berbelanja macam berduit, tetapi nak hidup bulan-bulan pun rasa sempit. Masih berkeluh kesah.
Ada seorang kenalan saya dok mengeluh tak cukup duit, sedangkan keretanya baru bertukar daripada sekecil Kancil kepada segagah Waja – yang saya sendiri pun tak mampu beli buat masa sekarang. Bulan lepas, dia sekeluarga datang ziarah ke rumah kami lepas hampir setahun tak jumpa sebab berpindah ke Kuantan. Dulu dia selalu masalah tak cukup duit. Walaupun sekarang keretanya makin membesar, handphonenya makin canggih tapi dia masih merungut “tak cukup duit”. Kesempitan yang dialami, di mana silap sebenarnya?

Sekecil Kancil, Segagah Waja

Suatu masa dulu, dia suami isteri pernah minta nasihat saya sebab dia nampak kami suami isteri boleh ‘hidup’ walaupun isteri saya tak bekerja. Dan gaji saya pun tak sebesar mana. Nasihat biasa saya, “bacalah buku Jutawan Dari Planet Jupiter oleh Azizi Ali tu” sebab banyak ilmu saya belajar dari situ. Yang membuatkan status ‘kewangan’ saya melonjak agak jauh lepas 3 tahun mengamalkannya prinsip-prinsip dalam buku tu. Saya pinjamkan buku tu beberapa bulan, tapi akhirnya dipulangkan balik tanpa dibaca!
Dua minggu lepas semasa dia datang dengan Waja barunya, saya fikir masalah kewangan dia dah selesai sepenuhnya. Tapi, rupa-rupanya belum. Entahlah. Pada saya, senang atau susah, kita sendiri yang pilih. Saya dah malas bagi apa-apa nasihat sebab ia bukan persoalan takdir, tapi soal tadbir.
Apa yang boleh saya nasihatkan lagi? Kancilnya telah bertukar menjadi segagah Waja selepas 2 tahun. Tetapi Nissan Sunny saya masih lagi Nissan Sunny sejak 4 tahun lepas. Saya ‘tak layak’ memberi nasihat.

Simpanan Bertukar TV Plasma

Si Faiz (bukan nama sebenar) pulak baru berkahwin 2 bulan lepas. Masa majlis aqad nikah hari tu, saya datang ke rumah dia dengan motosikal kapcai saya untuk join rombongan. Yang saya rasa takjub, ada sebuah TV Plasma tersergam megah di ruang tamu rumah sewa yang bakal dia duduk bersama isteri. “Wah… agak berduit dia ni”. Saya bercakap dalam hati.
Pagi tadi beliau telefon saya untuk minta nasihat tentang masalah kewangan. Saya terus teringatkan TV Plasma kat rumah dia yang mungkin berharga RM2,000 – RM3,000. Mana mungkin dia kesempitan duit. Tetapi tanggapan saya silap. Rupa-rupanya TV Plamanya berharga RM5,000! Duit simpanan dia sebelum kawin dah bertukar menjadi sebuah TV Plasma! Dan sekarang, beliau sedang kesempitan.

Ikutkan Hati, Mati

“Macam mana ko boleh beli TV mahal tu?” tanya saya sekadar nak tahu.
“Err… aku dah lama dah TERINGIN nak beli TV tu…”
Oh! sekadar KEINGINAN. Ia bukan benar-benar KEPERLUAN. Saya yang dah bekerja 3 tahun lebih lama daripada dia (dan mungkin gaji lebih besar) pun ‘tak mampu’ beli TV sehebat itu.
Kami, masa baru kawin dulu, tak pernah terfikir nak pakai barang semewah itu. Saya dan isteri menumpang di rumah nenek sebab belum mampu menyewa. TV Plasma jauh sekali. Yang kami ada hanyalah sebuah motosikal yang ayah saya beri pinjam sejak semester akhir diploma (dan saya gunakan hingga ke hari ni). TV tu hanya mampu kami beli lepas 2 tahun bekerja. Itu pun bukan berharga RM5,000, tetapi cuma RM500 sahaja.
Entahlah… Ramai orang ada masalah kesempitan wang. Kebanyakkannya bukan sebab benar-benar miskin, tapi diri sendiri yang ‘memilih’ untuk menjadi miskin.

Lulus Ujian, atau Repeat Paper

Kepada Faiz tadi, saya cuma nasihatkan supaya baca buku Azizi Ali. Nasihat saya lagi, kesempitan kewangan itu adalah pelajaran dari Tuhan. Kesusahan tak akan berpanjangan. Lepas susah ada kesenangan kalau kita ‘pass paper’ kehidupan tersebut. Kalau tak, kita terpaksa ‘repeat paper’ tersebut berulang-ulang kali hingga LULUS. Dan yang paling penting, benar-benar jaga hubungan dengan Tuhan sebab padaNya ada penyelesaian.
Wallahu a’lam.
Sekadar berkongsi moga ada manfaatnya.
Wassalam.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2008/05/kaya-tak-berduit.html#ixzz2noU6Dmm4

Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

by  on NOVEMBER 17, 2013
Post image for Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya
Harga emas naik, saya senyum. Harga emas turun, saya senyum. Harga emas turun lebih banyak dari harga saya beli, saya senyum lagi. Antara harga naik dengan turun, saya lebih suka harga emas turun sebab peluang beli emas harga rendah. Seronoknya tengok harga emas turun sama macam seronoknya kalau harga rumah turun.
Walaupun saya senyum, saya risaukan penyimpan-penyimpan emas yang lain terutamanya mereka yang beli emas dengan saya, atau pun mereka yang dapatkan nasihat saya tentang pelaburan emas. Apalah nasib mereka. Bukan semuanya tersenyum macam saya sebab; ada yang beli emas sebab kumpul harta, ada yang nak buat koleksi, ada yang nak buat maskahwin, dan yang paling ramai sebab nak jual bila harga emas naik.

Orang Paling Risau Harga Turun

Dalam ramai-ramai tu, orang yang paling risau harga emas turun ialah siapa yang tak ada simpanan tunai. Harga emas turun boleh menganggu tidur malam sebab hanya itu jer simpanan yang dia ada. Bila nak pakai duit, terpaksa jual emas tu atau pajak di ar-rahnu.
Sebab tu saya selalu syorkan, sebelum beli emas, pastikan ada simpanan tunai at least 3 bulan pendapatan dulu. Kalau harga emas turun banyak mana sekalipun, kita tak perlu risau sebab kita bukan nak pakai pun duit yang kita laburkan tu. Kalau terdesak pun, kita dah ready duit tunai. Takde lah sampai kena jual emas kalau kereta rosak.

Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

Sebenarnya, ini antara disiplin penting sebelum melabur dalam apa-apa pelaburan sekalipun. Ramai pakar syorkan simpan sebaiknya 6 bulan pendapatan sebelum melabur, tapi untuk pembeli emas, bagi saya 3 bulan dah cukup sebab EMAS ADALAH DUIT. Bila-bila masa nak pakai duit, boleh tukar jer emas tu kepada duit samada (1) jual atau (2) pajak di ar-rahnu. Boleh dapat duit on the spot. Emas sangat ‘cair’, bukan macam hartanah atau lain-lain pelaburan yang perlukan masa untuk jual.
Jadi adakah perlu betul-betul cukup simpanan 3 bulan dulu baru beli emas?
Memang itu paling baik tapi saya tahu, bukan ramai orang yang dah ready dengan simpanan 3 bulan pendapatan. Bahkan ramai orang ada masalah lain kalau tak beli emas iaitu masalah kebocoran wang. Belum sempat cukup simpanan 3 bulan pendapatan, duit tu ‘bocor’ dibelanjakan. Tukar gajet baru, tukar langsir baru, tukar sport rim baru walaupun sport rim lama tak ada masalah langsung, tukar perabot baru dan macam-macam lagi bocor pada perkara yang bukan perlu.

Kalau Takut Kebocoran Wang

Jadi kalau anda risau masalah tu, saya syorkan beli dulu coin 1 dinar sebagai motivasi menyimpan emas dan mengumpul harta. Lepas tu baru cukupkan simpanan 3 bulan pendapatan. Biasanya orang yang mula simpan emas, dia lebih bermotivasi untuk kumpul harta. Bila dah beli emas, dia rasa nak beli lagi. Bila nak pakai duit, dia rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari duit lain untuk beli balik emas tu. Itulah tabiat biasa yang saya nampak pada penyimpan emas selama 3 tahun.
Sebab tu ada orang kata, emas adalah “magnet kekayaan”. Bukan sebab harga emas tu melambung-lambung, tapi ia membuatkan penyimpannya ‘bernafsu’ untuk kumpul lebih banyak emas. Sebab manusia memang sukakan emas!
Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
17 November 2013
13 Muharram 1435

(Kredit foto : beginnerinvest)
simpan kecemasan 3 bulansimpanan sebelum melabur


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2013/11/simpan-3-bulan-pendapatan-labur-selebihnya.html#ixzz2noTu6B00